“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang
asyik bertawaf di Ka ’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya
bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w.
menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah
satu sudut Ka ’bah, dan berzikir lagi: “ Ya Karim! Ya Karim!”
Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya
Karim! Ya Karim!”
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan
terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum
pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah
engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang
Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti
engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah. ”
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum,
lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab ?”
“Belum,”jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya ?” “Saya
percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah
melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya, ” kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab!
Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat !”
Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada
dirinya. “Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera
tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu,
Rasulullah s.a.w.menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
“Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi
orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya.”
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit
dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda:
“ Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan
belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari
Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun
yang besar !” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula berkata:
“ Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat
perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan
dengannya !”kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau
perhitungkan dengan Tuhan ?” Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan
akan memperhitungkan dosa – dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa kebesaran maghfirahnya, ’ jawab orang itu. ‘ Jika Dia
memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa keluasan pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran
hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawananNya! ’
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun
menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu,
air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat
Jibril turun lagi seraya berkata: “ Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
“Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu,
penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la
bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan
menghisab dirinya,juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah
sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di
syurga nanti !”
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita
tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan
dirinya.
Sumber Sirah Nabawiy
No comments:
Post a Comment